Friday, 12 September 2014

Syahadah yang terakhir

25 november 2012
aku baru pulang dari kursus,sementara berehat-rehat setelah penat mendengar ceramah, adikku memberitahu "akak abah tak sihat tadi abah nak pitam" aku hanya mengangguk dan pergi berjumpa abah..."abah, abah ok tak.." abah hanya memandang ku dan mengangguk..hari itu aku hanya menlihat abah pandang keluar rumah...aku bertanya kepada abah "abah nak g hospital tak"..jawabnya "tak"..tetapi aku masih risau...tiba-tiba abangku bersuara dan berkata "abah jom lh kita bawa g hospital"...abah pun terus bersetuju.."alhamdulillah akhirnya abah bersetuju untuk pergi ke hospital..
sampai saje di hospital mereka memberi rawatan kepada abah..alangkah terkejut aku pabila di beritahu abah kena stroke...aku terkelu..sebelum itu abah masih lg boleh berjalan..tetapi sesudah menerima rawatan abah hanya baring sahaja...
abah dimasukkan ke dalam wad...aku sudah maklumkan pada keluarga yang abah kena masuk wad..sepanjang tempoh rawatan itu aku takut untuk tinggalkan abah ....aku hanya menunggu diluar bilik rawatan dan berdoa semoga abah cepat sembuh..doktor memberi tau yang kes abah perlu di rujuk ke hospital besar,aku memberi izin...dan itulah kali pertama aku menaiki ambulans...sampai saja di hospital abah di "scan" aku masih menjadi penunggu setia diluar bilik rawatan..setelah selesai kami pulang semula ke hospital yang menrujuk kes abah....
setelah doktor men"diagnosis" keputusan scan itu abah pun dimasukkan ke dalam wad..sementara menunggu abangku menghantar keperluan abah..hanya aku yang menemani abah..jam pada waktu itu sudah pukul 9.30 malam....setelah hampir 30 minit menunggu,abangku sampai dengan barang2 yang dibawa dan mengajak aku pulang ke rumah...aku tidak sampai hati untuk pulang ke rumah dan meninggalkan abah bersendirian...aku bertanya kepada jururawat yang menjaga wad bolehkah waris menunggu pesakit dan aku dibenarkan menjaga abah...jururawat itu juga berkata.."lebih baik ada waris yang menjaga pesakit kerana sesetengah pesakit lebih selesa waris yang menjaga dari nurse"..aku bersyukur kerana dapat menemani abah pada malam itu...

26 november 2012
hari isnin aku pergi kerja macam biasa...walaupun hatiku pening memikirkan kesihatan abah...kami telah beritahu semua adik beradik kami tentang kesihatan abah....dan mereka berusaha untuk pulang menjenguk abah sepantas yang mungkin....sebelum aku pulang dari tempat keja aku sudah maklum kn pada senior ku yang aku ingin memohon EL pada esok hari kerana ingin menjaga abahku ...masa tue xde kereta lagi aku pergi kerja naik bas,jadi hari tue aku turun di bus stop yang hampir dengan hospital...setelah menjengguk abah dan berborak sekejap dengan abah aku pulang ke rumah dan bersiap-siap untuk menemani abah di hospital..sepanjang malam itu aku tidak tidur lena....kerana hanya tidur diatas kerusi dan abah selalu batuk-batuk ketika malam, lalu aku mengurut dada abah dengan minyak angin yang mama kirim...lebih kurang pukul 4 pagi..aku terjaga lagi kali ni bukan sebab abah batuk tapi waris jiran abah baca yasin..sedap sangat suara suami dia baca yasin dan si isteri pulak tidak henti-henti sebut "ALLAH" di telinga ayahnya....beberapa minit selepas tue keadaan jadi cemas bila nurse berlari-lari bawa alat nk check BP....aku pun hanya menlihat disebalik celah langsir je...mungkin dah tiba masanya...pak cik tue menghembuskan nafas yang terakhir....aku sebak..dan aku memandang abah sambil berkata.."abah pak cik tue dah meninggal....aku menlihat sayu pada mata abah...walaupun abah hanya diam sebab tak boleh bercakap kerana stroke....tapi aku tau abah juga rasa sedih...aku hanya mampu sedekahkn al-fatihah sahaja....

27 november 2012
alhamdulillah...berita baik yang aku terima abah dah dibenarkan pulang ke rumah setelah hampir 3 hari ditahan di wad...doktor membenarkan abah pulang setelah melihat abah semakin stabil...kami diajar cara senaman untuk pesakit stroke dan dibekalkan ubat..kakak ku telah membeli tilam angin dari pihak hospital khas untuk keselesaan abah...kami gembira abah dah boleh balik rumah...tapi....

13 december 2012
abah dah kurang makan,pagi tu aku ambil EL kerana ingin membawa abah pergi ke klinik setelah dirawat doktor membekalkan ubat .....mama telah memberi ubat kepada abah..abah berehat, hari itu aku pelik kenapa abah tidur lame sangat....rupa-rupanya itulah hari yang paling menguji kami sekeluarga...abah diserang stroke lagi...aku menangis..hatiku berdebar-debar kerana dapat menjangka sesuatu yang buruk akan berlaku...aku menangis di bahu kakak dan abang ku sambil berkata yang aku masih belum bersedia untuk kehilangan abah...aku tidak tahu kenapa aku berkata macam tu....abah dibawa ke hospital dan diberi rawatan dan dimasukkan ke dalam wad ICU...aku semakin takut untuk menerima hakikat itu...kami dibenarkan melawat abah di ICU....alangkah luluhnya hati aku ketika menlihat abah sedang bertarung dengan maut....."ANDAI SAKIT BOLEH DI PASS OVER BIAR AKU YANG TAKE OVER"...."ANDAI NYAWA BOLEH DIBERI, AMBIL SAJE NYAWA AKU....ANDAI ABAH KEHILANGAN AKU MASIH ADE RAMAI LAGI ANAK ABAH TAPI ANDAI AKU KEHILANGAN ABAH...KAMI DAH XDE ABAH".....serius masa itu aku redha abah pergi sebab tak sanggup nak lihat abah terseksa...tapi hakikatnya...aku tak sanggup nak kehilangan abah....aku menangis sepuas hati...tapi percayalah ...masa kita lihat orang yang kita sayang bertarung dengan maut kita redha dia pergi sebab tak sanggup tengok dia terseksa,tapi bila dia pergi buat selama-lamanya masa itu kita ingin dia kembali kerana rindu yang teramat...malam tu aku dan kakak ku tidur di wad ICU menemani abah....abah dah koma...

14 disember 2012
sebenarnya hari ni birthday kakak aku yang sama-sama teman abah kat ICU tue...tapi aku tak wish pun birthday dia...sorry...pagi tue aku pergi kerja macam biasa...berkira-kira esok nk minta cuti 2 hari...tapi kita yang merancang Allah yang tentukan...beberapa minit selepas aku punch in tiba-tiba kakak ku call untuk memberitahu abah ada masa 2 minit jer lagi..what..????..hampir terduduk aku mendengar berita itu..mujur sempat aku memegang meja..aku memberitahu senior ku dan dia memberi izin untuk aku pergi ke hospital...dengan bantuan rakan sekerja aku sampai ke hospital..TERIMA KASIH EN. FEISAL A.K.A BOOCHIK....ketika menaiki tangga untuk ke wad ICU itu lutut ku lembik tapi ku gagahkan juga untuk menaiki tangga tu...sesampai saja aku di wad itu aku terus memeluk abang ku dan bertanya apa yang berlaku..dia menenagkan aku dah berkata kita kena redha...doktor dan nurse sedang bertungkus lumus cuba menyelamatkan abah..setelah mereka membenarkan kami melawat abah..aku terus berlari ke katil abah hampir terjelepuk aku disisi katil itu...aku memanggil abah..aku lihat abah membuka mata dan mengerlip sebanyak 3 kali...aku cuba senyum ketika itu pada abah sangka ku abah menlihat aku dan akan sedar tapi hakikatnya..itu kerlipan terakhirnya,selepas itu abah hanya menutup mata sahaja....tiba-tiba bahu ku di sentuh seorang sister lalu berkata "adik boleh amik air sembahyang kat bilik sebelah tu dan yasin boleh ambil kar rak tu"..tanpa berlengah lagi aku terus ke tempat yang diberitahu itu....dan mencapai surah yasin...dalam keadaan sebak aku membaca surah yasin itu untuk abah.....seharian kami berkampung di wad ICU itu..selepas isyak aku tertidur di sofa...mata ku baru saje terlelap tiba-tiba kakak ku mengejutkan aku..dalam keadaan mamai aku bangun...dengan nada sayu kakak ku berkata "nurul tau kan abah pakai oksigen.....nurse dah padamkan oksigen abah..."berderau darah aku saat meendengar ape yang telah kakak ku beritahu itu dengan pantas aku terus berlari menuju ke katil abah...aku lihat dada abah masih berdenyut...fokus ku hanya pada mesin oksigen itu..ya...dia orang dah padamkan mesin itu...aku terduduk kerana terkejut..cepat-cepat mama dan abang ku memegang ku dan dudukkan aku di atas kerusi..aku terkedu..inikah masanya aku akan kehilangan abah...aku takut ..bermacam-macam perasaan yang aku rasa saat itu...namun ku gagah kan juga diri ku untuk mendekati abah...aku mendekatkan bibir ku ke telinga abah dan melafazkan.."LA 'ILAA HA 'ILALLAH"..setelah aku menlafazkan ayat itu aku lihat abah seperti  mengejang di depan mataku kejadian itu berlaku dengan pantas dan sekejap sahaja..mungkin inilah masanya roh dikeluarkan dari jasad....kami bergilir mencium abah dan menyalami abah buat terakhir kali...dan doktor mengesahkan abah pergi buat selama-lamanya pada pukul 11.40 pm 14 disember 2012 (hari jumaat malam sabtu)....bermula saat itu aku sudah menjadi anak yatim....tiba-tiba jiwa aku kosong...bagaikan mimpi semua itu berlaku....

12 september 2014
sudah hampir 2 tahun peristiwa itu tapi bagaikan semalam aku menlalui saat getir itu....kerana peristiwa itu aku tidak mampu untuk tinggal di rumah ku kerana kenangan itu sangat menyakitkan aku.....oleh itu,aku mengambil keputusan pindah tempat kerja....walaupun ku tahu aku akan berada jauh dari mama tapi aku tidak mampu untk bertahan disitu kerana kenangan itu sangat menyakitkan aku.....untuk merawatnya aku memerlukan ruang......untuk aku menerima hakikat itu memang payah sehingga sekarang aku masih belum pulih dari kejutan kehilangan itu dan aku cuba untuk menerima takdir yang telah tertulis untuk ku....AL-FATIHAH...abah achik rindu abah sangat-sangat...achik tau achik bukanlah anak yang bijak dalam pelajara tapi achik janji achik akan sambung belajar dan banggakan abah dan mama sebab menlahirkan dan membesarkan achik....ampunkan salah silap achik sebab achik manusia,manusia yang ada melakukan kesilapan...achik akan cuba untuk membantu abah kat alam sana.....abah tunggu achik datang teman abah...

keliru

                            KELIRU.....

AKU KELIRU DENGAN HIDUPKU
BAGAIKAN MENAIKI ROLLER COASTER
TERASA SERONOK TERASA TAKUT

          AKU KELIRU DENGAN HIDUPKU
          BAGAIKAN BERADA DI PUNCAK GUNUNG
          BERPUTUS ASA KETIKA DIBAWAH
          BERASA PUAS PABILA DI ATAS

 AKU KELIRU DENGAN HIDUPKU
PABILA RINDU BAGAIKAN PENASARAN
PABILA BERTEMU TERASA JANGGAL

       AKU KELIRU DENGAN HIDUPKU
      BANYAK KEHENDAK YANG BELUM DICAPAI
      BANYAK IMPIAN YANG MASIH TERSIMPAN

AKU KELIRU DENGAN HIDUPKU....

Sesalku

                                                          Sesalku.......
Kenangan itu sentiasa menghantui
hingga penat untuk aku melupakan
kenangan itu sentiasa menghanyutkan
hingga aku lemas dan ingin mati
         sesalan itu terus mengekori
         aku penat untuk melangkah lagi
         tapi apakan daya
         aku hanya manusia
kerana janji harus dikota
hidupku berubah 360 darjah
aku hilang dalam jaga
aku ghaib dalam realiti
penat sudah aku mencari
mana dia aku yang dulu
rupanya tersadai di pusara itu....kerana sesal aku menderita