Sesalku.......
Kenangan itu sentiasa menghantui
hingga penat untuk aku melupakan
kenangan itu sentiasa menghanyutkan
hingga aku lemas dan ingin mati
sesalan itu terus mengekori
aku penat untuk melangkah lagi
tapi apakan daya
aku hanya manusia
kerana janji harus dikota
hidupku berubah 360 darjah
aku hilang dalam jaga
aku ghaib dalam realiti
penat sudah aku mencari
mana dia aku yang dulu
rupanya tersadai di pusara itu....kerana sesal aku menderita
No comments:
Post a Comment